Makan malam amal Budimas kumpul RM430,000 bantu 11,000 kanak-kanak

25 Okt 2026, 10:10 AM
Makan malam amal Budimas kumpul RM430,000 bantu 11,000 kanak-kanak
Makan malam amal Budimas kumpul RM430,000 bantu 11,000 kanak-kanak
Makan malam amal Budimas kumpul RM430,000 bantu 11,000 kanak-kanak
Makan malam amal Budimas kumpul RM430,000 bantu 11,000 kanak-kanak
Makan malam amal Budimas kumpul RM430,000 bantu 11,000 kanak-kanak

KUALA LUMPUR, 25 OKT: The Budimas Charitable Foundation berjaya mengumpul dana sebanyak RM430,000 menerusi Majlis Makan Malam Amal “A Night of a Thousand Blessings” kali ke-8 yang berlangsung di Pullman Hotel Kuala Lumpur. Majlis tersebut menghimpunkan lebih 350 tetamu, termasuk wakil daripada lebih 30 syarikat korporat, bagi menyokong kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh Malaysia.

Pada tahun 2026, Budimas mencatat pencapaian baharu dengan menyokong lebih 11,000 kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh Malaysia, sekali gus mencatat rekod tertinggi dalam usaha yayasan ini membantu golongan tersebut. Pencapaian ini direalisasikan hasil kemurahan hati serta sokongan berterusan daripada para penderma, rakan korporat dan masyarakat.

Dana yang dikumpulkan akan disalurkan kepada program teras Budimas yang merangkumi Makanan, Rumah, Pendidikan dan Perubatan, bagi membantu menyediakan makanan berkhasiat, tempat perlindungan yang selamat, peluang pendidikan serta bantuan perubatan kepada kanak-kanak yang memerlukan.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Yang Mulia Tunku Dato’ Yaacob Khyra, Pengerusi, The Budimas Charitable Foundation. Para tetamu juga dihiburkan dengan persembahan daripada kanak-kanak Pusat Jagaan Kebajikan Kanak-Kanak Budimas Orion, The Pure Life Society dan Home for the Angels. Acara lelongan yang menampilkan barangan sumbangan daripada artis dan penyokong turut menyumbang kepada usaha pengumpulan dana pada malam tersebut.

Budimas merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan majlis ini. Sokongan berterusan daripada semua pihak amat penting dalam memperkukuh usaha Budimas untuk meningkatkan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh Malaysia.

Mengenai Yayasan Amal Budimas

Yayasan Amal Budimas ialah sebuah yayasan bukan berasaskan keuntungan yang komited untuk meningkatkan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia melalui program Makanan, Rumah, Pendidikan dan Perubatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.budimas.org.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.