Sukan Para Asia 2026: Atlet olahraga raih perak 400m T20 lelaki

20 Okt 2026, 9:01 AM
Sukan Para Asia 2026: Atlet olahraga raih perak 400m T20 lelaki
Sukan Para Asia 2026: Atlet olahraga raih perak 400m T20 lelaki

KUALA LUMPUR, 20 OKT: Hasrat atlet olahraga Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi untuk mempertahankan pingat emas tidak kesampaian selepas menamatkan saingan di tempat kedua acara 400 meter (m) T20 lelaki Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 hari ini.

Atlet berusia 24 tahun yang membuat penampilan kedua di temasya itu, menamatkan larian dengan catatan 48.34 saat (s).

Pingat emas acara di Nagoya City Mizuho Park Athletic Stadium, Jepun itu dimenangi atlet Arab Saudi, Idris Sufyani yang merekodkan 48.25s, mengatasi rekod temasya miliknya 48.71s yang dilakukan pada peringkat saringan, semalam.

Alfin Nomleni dari Indonesia melengkapkan kedudukan podium dengan pingat gangsa selepas merekodkan 49.18s.

Setakat ini, kontinjen Malaysia mengutip satu emas menerusi pelumba berbasikal trek Zuhairie Ahmad Tarmizi dalam acara 1,000m ujian masa C4-C5 (kecacatan fizikal) lelaki, selain pingat gangsa 3,000m kejar-mengejar C1-C2 (kecacatan fizikal) lelaki oleh Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin.

Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 berlangsung hingga 24 Oktober ini.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.