MAS sambung semula penerbangan ke dan dari Jeddah, Madinah esok

17 Okt 2026, 7:59 AM
MAS sambung semula penerbangan ke dan dari Jeddah, Madinah esok
MAS sambung semula penerbangan ke dan dari Jeddah, Madinah esok
MAS sambung semula penerbangan ke dan dari Jeddah, Madinah esok
MAS sambung semula penerbangan ke dan dari Jeddah, Madinah esok
MAS sambung semula penerbangan ke dan dari Jeddah, Madinah esok

SHAH ALAM, 17 OKT: Malaysia Airlines (MAS) akan menyambung semula penerbangan berjadual dari dan ke Jeddah serta Madinah bermula esok selepas perkhidmatan itu digantung sementara susulan kebimbangan keselamatan di Arab Saudi.

Malaysia Aviation Group (MAG) memaklumkan keputusan berkenaan dibuat selepas penilaian risiko operasi dan semakan menyeluruh terhadap situasi keselamatan di rantau terbabit.

Menurut MAG, penumpang yang dijadual berlepas dari dan ke kedua-dua destinasi bermula 18 Oktober dinasihatkan menyemak jadual penerbangan masing-masing bagi memastikan kelancaran perjalanan.

“Penumpang yang berlepas dari dan ke kedua-dua destinasi berkenaan bermula 18 Oktober ini dinasihatkan membuat semakan jadual penerbangan serta memastikan maklumat perhubungan mereka dikemas kini menerusi bahagian 'My Booking' di laman web atau aplikasi mudah alih,” menurut kenyataan itu, lapor Berita Harian.

MAG turut meminta penumpang yang membuat tempahan melalui platform pihak ketiga atau ejen pelancongan menghubungi penyedia perkhidmatan masing-masing bagi mengesahkan urusan perjalanan.

Bagi penumpang yang memerlukan bantuan lanjut, mereka boleh menggunakan perkhidmatan Live Chat atau menghubungi Pusat Hubungan Global Malaysia Airlines.

Talian yang disediakan ialah 1 300 88 3000 bagi panggilan dalam negara atau +603 7843 3000 untuk penumpang di luar negara.

Syarikat penerbangan itu turut memberi jaminan akan terus memantau perkembangan terkini di rantau berkenaan dengan keselamatan penumpang dan anak kapal kekal menjadi keutamaan tertinggi.

Sebelum ini, Malaysia Airlines dilaporkan membatalkan penerbangan laluan Kuala Lumpur-Jeddah dan Madinah bagi tempoh 12 hingga 17 Oktober susulan kebimbangan keselamatan.

Pembatalan berkenaan dibuat selepas laporan serangan peluru berpandu Houthi di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.