Jerebu: 28 kawasan masih tidak sihat, Langkawi catat IPU baik

10 Okt 2026, 10:59 AM
Jerebu: 28 kawasan masih tidak sihat, Langkawi catat IPU baik
Jerebu: 28 kawasan masih tidak sihat, Langkawi catat IPU baik
Jerebu: 28 kawasan masih tidak sihat, Langkawi catat IPU baik
Jerebu: 28 kawasan masih tidak sihat, Langkawi catat IPU baik
Jerebu: 28 kawasan masih tidak sihat, Langkawi catat IPU baik

SHAH ALAM, 10 OKT: Langkawi di Kedah menjadi kawasan pertama di negara ini merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap baik setakat jam 6 petang, namun 28 stesen pemantauan masih mencatatkan bacaan tidak sihat susulan jerebu.

Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Langkawi merekodkan bacaan IPU 50, sekali gus menjadi satu-satunya kawasan berada pada tahap baik daripada keseluruhan 68 stesen pemantauan seluruh negara.

Bagaimanapun, Tangkak di Johor terus mencatatkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 183, menurun satu mata berbanding 184 yang direkodkan pada jam 5 petang.

Beberapa kawasan lain di Johor turut mencatatkan bacaan tinggi, antaranya Pasir Gudang (182), Larkin (179), Segamat (173), Batu Pahat (172), Kota Tinggi (171), Kluang (170) dan Pengerang (170).

Batu Pahat yang merekodkan bacaan tertinggi negara pada sebelah pagi iaitu 190 menunjukkan penurunan sebanyak 18 mata, manakala Seremban di Negeri Sembilan turut mencatatkan penurunan kepada 168 berbanding 183 pada waktu pagi.

Di Lembah Klang, Klang menunjukkan penurunan ketara apabila bacaan IPU merosot kepada 114 berbanding 132 pada jam 5 petang, namun masih berada pada tahap tidak sihat.

Kawasan lain yang turut mencatatkan bacaan tidak sihat termasuk Cheras (171), Putrajaya (160), Batu Muda (158), Shah Alam (157), Johan Setia (156) dan Petaling Jaya (154).

Sementara itu, Balok Baru di Kuantan, Pahang merekodkan peningkatan IPU kepada 157 berbanding 155 pada jam 5 petang, manakala Indera Mahkota menurun kepada 127.

Di Sarawak, Kuching mencatatkan bacaan 152 sementara Samarahan berada pada paras 94.

Secara keseluruhan, daripada 68 stesen pemantauan di seluruh negara, sebanyak 28 stesen merekodkan tahap tidak sihat dengan bacaan IPU antara 101 hingga 200, manakala 39 stesen berada pada tahap sederhana (51 hingga 100) dan satu stesen pada tahap baik (0 hingga 50).

Selepas Langkawi, bacaan terendah direkodkan di Tawau, Sabah (56) dan Balik Pulau, Pulau Pinang (57).

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.