Syed Saddiq, Bella Astillah sah bergelar suami isteri sekali lafaz

10 Okt 2026, 4:01 AM
Syed Saddiq, Bella Astillah sah bergelar suami isteri sekali lafaz

KUALA LUMPUR, 10 OKT: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah selepas pasangan itu diijabkabulkan dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Aras 118, Menara Merdeka Maybank di sini.

Syed Saddiq, 34, dan Bella, 32, atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, disatukan dengan sekali lafaz pada 10.40 pagi oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Bella menerima mas kahwin RM500 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki, yang dibalas dengan sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Antara hantaran diberikan Syed Saddiq ialah simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi i-Simpan bernilai RM100,000 dan pakej umrah.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.