Johan Setia catat IPU tidak sihat, lima kawasan lain sederhana

5 Okt 2026, 9:00 AM
Johan Setia catat IPU tidak sihat, lima kawasan lain sederhana

SHAH ALAM, 5 OKT: Johan Setia menjadi satu-satunya kawasan di Selangor yang merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dengan bacaan 144 setakat jam 5 petang ini.

Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), lima kawasan pemantauan lain di negeri ni berada pada tahap sederhana.

Shah Alam merekodkan bacaan 91, Banting (87), Petaling Jaya (80), Klang (79) dan Kuala Selangor (66).

Sementara itu, beberapa kawasan lain di negara ini turut merekodkan IPU pada tahap tidak sihat, dengan Batu Pahat dan Larkin di Johor mencatat bacaan tertinggi masing-masing 159, diikuti Pasir Gudang (157).

Cheras di Kuala Lumpur pula merekodkan bacaan 154, manakala Nilai, Negeri Sembilan dan Kluang, Johor masing-masing 152 serta Serian, Sarawak 150.

Putrajaya mencatat bacaan 147, diikuti Segamat di Johor (129) dan Bukit Rambai, Melaka (125).

Berdasarkan klasifikasi IPU, bacaan antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.