Jerebu: IPU Selangor masih sederhana, Johan Setia tertinggi

3 Okt 2026, 12:44 AM
Jerebu: IPU Selangor masih sederhana, Johan Setia tertinggi

SHAH ALAM, 3 OKT: Kualiti udara di enam kawasan pemantauan di Selangor berada pada tahap sederhana setakat jam 7 pagi ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tertinggi iaitu 73, diikuti Shah Alam (72), Klang dan Banting (67), Petaling Jaya (64) serta Kuala Selangor (59).

Sementara itu, empat kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat iaitu membabitkan Sri Aman, Sarawak (151), diikuti Pasir Gudang, Johor (135), Serian, Sarawak (120) dan Larkin, Johor (106).

Secara keseluruhan, 61 stesen pemantauan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala dua stesen berada pada tahap baik.

Tiada stesen merekodkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat atau berbahaya setakat jam 7 pagi ini.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat), manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.