Azizulhasni raih emas keirin, hadiah pingat kelapan negara

2 Okt 2026, 10:21 AM
Azizulhasni raih emas keirin, hadiah pingat kelapan negara

SHIZUOKA, 2 OKT: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang mengesahkan pingat emas kelapan negara apabila mengungguli acara keirin lelaki Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Velodrom Izu, di sini hari ini.

Atlet berusia 38 tahun itu ternyata cemerlang membuat pecutan di selekoh terakhir untuk memintas pelumba China Li Zhiwei yang terlebih dahulu berada di hadapan untuk merangkul pingat emas berkenaan.

Kejayaan itu turut mengulangi pencapaian sama diraih The Pocket Rocketman pada edisi 2010 di Guangzhou, China.

Seorang lagi wakil negara yang turut berada di final Muhammad Shah Firdaus Sahrom mengakhiri saingan di tempat kelima.

Pingat gangsa diraih seorang lagi wakil China Xie Han.

The Pocket Rocketman mara ke pentas final selepas menamatkan saingan di kedudukan pertama saringan dua pusingan separuh akhir manakala Shah Firdaus di kedudukan ketiga dalam saringan satu.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.