Jerebu: IPU Selangor masih sederhana, tertinggi Shah Alam

2 Okt 2026, 1:59 AM
Jerebu: IPU Selangor masih sederhana, tertinggi Shah Alam

SHAH ALAM, 2 OKT: Kualiti udara di enam kawasan pemantauan di Selangor berada pada tahap sederhana setakat 9 pagi ini, dengan Shah Alam merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tertinggi iaitu 92.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), bacaan di lima kawasan lain ialah Klang (87), Johan Setia (85), Petaling Jaya (83), Kuala Selangor (74) dan Banting (70).

Sementara itu, Seri Manjung di Perak menjadi satu-satunya kawasan di seluruh negara yang merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat iaitu 108.

Secara keseluruhannya, sebanyak 62 kawasan di seluruh negara termasuk enam di Selangor berada pada tahap sederhana, manakala lima kawasan mencatatkan kualiti udara baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.