Israel kenakan penutupan seminggu ke atas Tebing Barat diduduki

27 Sep 2026, 8:23 AM
Israel kenakan penutupan seminggu ke atas Tebing Barat diduduki

RAMALLAH, 27 SEPT: Pihak berkuasa pendudukan Israel mengenakan penutupan menyeluruh ke atas Tebing Barat yang diduduki dan menutup lintasan sempadan, sempena perayaan Yahudi, lapor Agensi Berita & Info Palestin (WAFA).

Penutupan ditetapkan untuk berterusan selama seminggu.

Langkah itu termasuk mengetatkan sekatan ketenteraan di pusat pemeriksaan dan sekatan, menghalang pergerakan dan akses rakyat Palestin ke tempat suci.

Penutupan itu dilaksanakan ketika pasukan pendudukan Israel terus mengenakan sekatan dan langkah ketenteraan di seluruh Tebing Barat manakala penjajah Israel kerap melakukan serangan terhadap rakyat Palestin.

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.