Rais Yatim tiba di mahkamah, dijangka didakwa bawah Akta Hasutan

25 Sep 2026, 1:54 AM
Rais Yatim tiba di mahkamah, dijangka didakwa bawah Akta Hasutan

MELAKA, 25 SEPT: Pengerusi Parti Wawasan Negara Tan Sri Dr Mohd Rais Yatim tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini hari ini, dijangka bagi menghadapi pertuduhan mengikut Akta Hasutan.

Mohd Rais tiba kira-kira 8.40 pagi dengan diiringi isteri, Puan Sri Masnah Muhamat dan anaknya, Danni Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang.

Dia dijangka dituduh di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Pada 30 Julai lepas, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan penarikan balik kurniaan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan dan Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan kepada Rais berkuat kuasa serta merta.

Pendaftar Darjah Datuk Moha Zafir Ibrahim dipetik sebagai berkata Tuanku Muhriz menitahkan penarikan balik dua darjah kebesaran daripada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu yang dikurniakan pada 2001 dan 1979.

Beliau dilaporkan sebagai berkata keputusan itu dibuat bagi memelihara kebesaran, kemuliaan dan kehormatan institusi diraja Negeri Sembilan.

Mohd Rais pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dari 1978 hingga 1982.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.