PULAPES lahir lebih 5,000 anggota penguat kuasa Selangor sejak 2003

24 Sep 2026, 12:00 PM
PULAPES lahir lebih 5,000 anggota penguat kuasa Selangor sejak 2003
PULAPES lahir lebih 5,000 anggota penguat kuasa Selangor sejak 2003
PULAPES lahir lebih 5,000 anggota penguat kuasa Selangor sejak 2003
PULAPES lahir lebih 5,000 anggota penguat kuasa Selangor sejak 2003
PULAPES lahir lebih 5,000 anggota penguat kuasa Selangor sejak 2003

KUALA LANGAT, 24 SEPT: Lebih 5,000 anggota penguat kuasa dilahirkan menerusi Pusat Latihan Penguat kuasa Selangor (PULAPES) sejak pusat latihan itu ditubuhkan pada 2003.

Timbalan Komandan PULAPES Mohamad Azam Bustamam berkata pusat berkenaan menjadi medan anggota mempelajari ilmu berkaitan penguatkuasaan selain menjalani latihan fizikal bagi memastikan kualiti mereka kekal pada tahap memuaskan.

“PULAPES adalah sebuah pusat latihan ditubuhkan bertujuan melatih dan memberikan ilmu kepada anggota penguat kuasa di Selangor,” katanya.

Menurut Mohamad Azam, peranan pusat latihan itu turut bergantung kepada sokongan dan penyertaan anggota dalam setiap kursus yang dianjurkan.

Timbalan Komandan Pusat Latihan Penguat Kuasa Selangor (PULAPES), Mohamad Azam Bustamam berucap dalam Majlis Latihan Kursus Asas Penguat Kuasa Selangor Tahun 2026 di Pusat Latihan Penguat Kuasa Selangor (PULAPES), Kampung Permatang Pasir, Jugra, Banting pada 24 September 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

“Tanpa sokongan dan penglibatan anggota penguat kuasa yang hadir dalam setiap kursus yang dijalankan tidak bermaknalah PULAPES,” katanya pada Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Penguat kuasa Selangor 2026 di PULAPES, Jugra, Banting hari ini.

Terdahulu, seramai 54 peserta dari jabatan seluruh Selangor terdiri daripada 41 lelaki dan 13 wanita mengikuti kursus selama dua bulan mempelajari ilmu penguatkuasaan dan integriti.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Selangor Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim berkata tiga aspek penting perlu dipupuk dalam diri setiap penguat kuasa iaitu kesabaran, berilmu dan komunikasi yang baik.

“Apabila tidak mempelajari ilmu penguatkuasaan, susah dalam melaksana tugas. Apabila kita sabar dan berilmu, ia sekali gus membantu kita berkomunikasi dengan baik dalam menyampaikan maklumat.

“Kita memang faham tetapi kadang kala masyarakat sebaliknya. Sebab itu penting kita mempelajarinya, perlu ada ketiga-tiga kesabaran, ilmu dan komunikasi yang berkesan,” katanya.

Antara persembahan daripada peserta dalam Majlis Latihan Kursus Asas Penguat Kuasa Selangor Tahun 2026 di Pusat Latihan Penguat Kuasa Selangor (PULAPES), Kampung Permatang Pasir, Jugra, Banting pada 24 September 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.