SHAH ALAM, 22 SEPT: Sebanyak 14 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 10.18 pagi tadi, dengan Sibu, Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 178.
Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), kawasan lain di Sarawak yang merekodkan bacaan tidak sihat ialah Sri Aman dan Mukah (169), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian (159), Sarikei dan Kuching (157).
Samalaju dan Bintulu masing-masing mencatatkan bacaan 156, diikuti Kapit (155) dan Samarahan (154).
Sementara itu, Putrajaya merekodkan bacaan 135 manakala Nilai, Negeri Sembilan mencatatkan 108.
Sebanyak 53 kawasan lain merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, termasuk enam lokasi di Selangor iaitu Shah Alam (99), Johan Setia (97), Petaling Jaya (96), Klang (84), Banting (83) dan Kuala Selangor (72).
Tiga kawasan pula merekodkan bacaan pada tahap baik, iaitu Langkawi, Kedah (47), Tanah Merah, Kelantan (43) dan Balik Pulau, Pulau Pinang (38).
Berdasarkan klasifikasi IPU, bacaan sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.






