Operasi samseng jalanan: 11 motosikal disita, 49 saman dikeluarkan

21 Sep 2026, 3:17 AM
Operasi samseng jalanan: 11 motosikal disita, 49 saman dikeluarkan
Operasi samseng jalanan: 11 motosikal disita, 49 saman dikeluarkan
Operasi samseng jalanan: 11 motosikal disita, 49 saman dikeluarkan

SHAH ALAM, 21 SEPT: Sebanyak 11 motosikal disita manakala 49 saman dikeluarkan dalam operasi membanteras kegiatan samseng jalanan di Persiaran Pulau Lumut, Laguna Park, Pulau Indah, semalam.

Operasi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Klang Selatan yang berlangsung dari jam 6 petang hingga 9 malam itu membabitkan 18 pegawai dan anggota polis.

Menurut kenyataan di Facebook, pemeriksaan dijalankan terhadap 12 individu dan 11 motosikal dengan 49 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Antara kesalahan dikesan ialah tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, kesalahan nombor pendaftaran, tiada cermin sisi, pengubahsuaian ekzos serta struktur, peralatan dan aksesori yang tidak sempurna.

“Pemeriksaan turut mendapati kesalahan tidak memakai topi keledar dan penunggang bawah umur. Kesemua 11 motosikal berkenaan disita untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang berkaitan,” maklumnya.

BSPTD Klang Selatan menegaskan tindakan penguatkuasaan akan terus dipergiatkan bagi membanteras kegiatan samseng jalanan serta memastikan keselamatan dan ketenteraman pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.