Selangor peruntuk hingga RM20 juta tangani isu hak milik strata

17 Sep 2026, 9:19 AM
Selangor peruntuk hingga RM20 juta tangani isu hak milik strata
Selangor peruntuk hingga RM20 juta tangani isu hak milik strata
Selangor peruntuk hingga RM20 juta tangani isu hak milik strata
Selangor peruntuk hingga RM20 juta tangani isu hak milik strata

KLANG, 17 SEPT: Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan antara RM10 juta hingga RM20 juta dalam tempoh dua tahun bagi membantu menangani isu perumahan dan pemilikan hak milik strata di Selangor.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata peruntukan bagi tempoh 2025 hingga 2026 itu antara usaha memastikan permasalahan dihadapi pemilik dapat ditangani dengan lebih berkesan.

“Justeru, pihak Kerajaan Negeri sendiri menjadikan peruntukan sekitar RM10 sehingga RM20 juta dalam tempoh dua tahun untuk membantu dan kita memerlukan satu tempoh yang agak panjang kerana tentang soal pengisian maklumat,” katanya berucap pada Majlis Penyerahan Inisiatif Pemerkasaan Komuniti Strata Negeri Selangor di Wyndham Acmar di sini hari ini.

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri pada masa sama memerlukan kerjasama semua pihak bagi mempercepat penyelesaian isu pemilikan strata yang masih dihadapi sebahagian penduduk.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap sempena Majlis Penyerahan Inisiatif Pemerkasaan Komuniti Strata Negeri Selangor Tahun 2026 di Wyndham Acmar, Klang pada 17 September 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

“Kerajaan Negeri sedia membantu tetapi kita memerlukan kerjasama daripada semua pihak supaya isu pemilikan strata ini dapat diselesaikan dengan lebih baik,” katanya.

Menurutnya, isu berkenaan perlu ditangani secara menyeluruh terutama membabitkan kecuaian dan kegagalan sesetengah pemaju melaksanakan tanggungjawab mereka.

Beliau berkata sebahagian masalah itu berpunca daripada kelemahan pengurusan sebelum ini sehingga memberi ruang kepada pemaju tertentu mengabaikan tanggungjawab.

“Ada sebahagiannya cuai, culas dan mengambil kesempatan serta melarikan diri daripada tanggungjawab dan akhirnya pemilikan strata itu menjadi masalah besar,” katanya.

Amirudin berharap kerjasama antara Kerajaan Negeri, agensi berkaitan, pemaju dan komuniti strata dapat menghasilkan penyelesaian lebih berkesan dalam penggal ini.

“Kita berharap dalam penggal ini dapat menyediakan solusi lebih pantas dan kaedah penyelesaian lebih baik terhadap perkara berkaitan pemilikan strata,” katanya.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bersama penerima Skim CERIA sempena Majlis Penyerahan Inisiatif Pemerkasaan Komuniti Strata Negeri Selangor Tahun 2026 di Wyndham Acmar, Klang pada 17 September 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.