Pemandu lori maut dihempap batu kuari

14 Sep 2026, 12:48 PM
Pemandu lori maut dihempap batu kuari

IPOH, 14 SEPT: Seorang lelaki maut apabila lori yang dipandunya dihempap batu ketika melakukan kerja kuari di sebuah kawasan tapak kuari di Keramat Pulai, Kampung Kepayang, di Simpang Pulai hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 5.18 petang sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai dan Gopeng bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata mangsa dikenali sebagai M. Sivakumar, 53, disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang berada di lokasi kejadian.

"Sebuah lori membawa muatan batu kuari dihempap batu ketika melakukan kerja kuari. Ketua operasi melaksanakan size-up seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER dengan mengarahkan anggota melakukan kerja penyelamatan menggunakan peralatan hidraulik sehingga mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan," katanya dalam satu kenyataan.

Sabarodzi berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada 6.22 petang.

-- BERNAMA

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.