BAM masih nilai calon ketua beregu campuran

8 Sep 2026, 10:31 AM
BAM masih nilai calon ketua beregu campuran

KUALA LUMPUR, 8 SEPT: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menjelaskan belum ada sebarang pelantikan yang dimuktamadkan bagi jawatan ketua jurulatih beregu campuran negara yang baharu.

BAM dalam kenyataan hari ini memaklumkan persatuan masih dalam proses menilai dan membuat saringan calon yang sedang dipertimbangkan untuk jawatan tersebut.

“BAM akan membuat pengumuman rasmi sebaik sahaja pelantikan dimuktamadkan,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, media melaporkan ketua jurulatih beregu lelaki remaja negara Pang Cheh Chang dikaitkan dengan jawatan ketua jurulatih beregu campuran yang baharu.

Jawatan itu belum diisi selepas Nova Widianto menamatkan perkhidmatan di BAM pada 31 Julai untuk pulang ke Indonesia.

Nova menyertai BAM pada Januari 2023 dan antara pencapaiannya ialah membimbing Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menjadi gandingan pertama negara muncul juara dunia pada tahun lepas.

-- BERNAMA

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.