Veteran polis, tentera DUN Permatang disaran kemas kini maklumat, elak tercicir bantuan

6 Sep 2026, 1:30 PM
Veteran polis, tentera DUN Permatang disaran kemas kini maklumat, elak tercicir bantuan

SHAH ALAM, 6 SEPT: Veteran polis dan tentera yang tidak menerima pencen di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang disaran mengemas kini maklumat dengan persatuan masing-masing bagi memastikan mereka tidak tercicir daripada menerima bantuan Kerajaan Negeri.

Penyelaras DUN Permatang Mohd Yahya Mat Sahri berkata gesaan itu susulan kira-kira 40 peratus daripada 65 veteran yang layak menerima baucar Jom Shopping Hari Pahlawan bernilai RM200 seorang masih belum menuntutnya.

“Di DUN Permatang kita ada 65 orang yang nama mereka diterima daripada persatuan veteran. Inisiatif ini kita telah minta lama dan alhamdulillah kini Kerajaan Negeri sediakan bantuan ini.

“Daripada jumlah itu, hanya 30 lebih atau 60 peratus sahaja yang menuntut, selebihnya mereka telah berpindah, mengikut anak dan nombor telefonnya tidak dapat dihubungi,” katanya kepada Media Selangor.

Menurutnya, penerima yang sudah mendapatkan baucar berkenaan menyambut baik inisiatif itu, malah ada yang terharu kerana kebajikan mereka diberi perhatian.

“Namun, bagi penerima baucar mereka sangat gembira dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri. Ada yang menangis kerana selama ini tidak ada yang mengambil berat keadaan mereka,” katanya.

Inisiatif itu diumumkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2026 sebagai penghargaan terhadap jasa veteran polis dan tentera tidak berpencen.

Program berkenaan membabitkan peruntukan RM1.7 juta dan memanfaatkan 8,391 veteran tidak berpencen di seluruh Selangor.

Kategoriadn

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.