IPU tidak sihat, PJ Half Marathon 2026 dibatalkan

6 Sep 2026, 4:07 AM
IPU tidak sihat, PJ Half Marathon 2026 dibatalkan

SHAH ALAM, 6 SEPT: PJ Half Marathon 2026 dibatalkan pada saat akhir berikutan kualiti udara yang masih tidak sihat.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkata keputusan itu dibuat demi menjaga keselamatan dan kesihatan pelari, sukarelawan, petugas serta semua pihak yang terlibat.

“PJ Half Marathon 2026 dibatalkan atas faktor keselamatan dan kesihatan susulan kualiti udara yang masih berada pada tahap tidak sihat,” katanya dalam kenyataan, semalam.

MBPJ berkata keadaan jerebu ketika ini boleh memberi kesan kepada individu yang melakukan aktiviti luar dalam tempoh lama, termasuk senaman berat.

“Keputusan ini bukan dibuat dengan mudah. Walaupun ramalan menunjukkan Indeks Pencemar Udara (IPU) mungkin bertambah baik dalam tempoh 24 jam, bacaannya masih pada tahap tidak sihat.

“Keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan pelari, sukarelawan, kru dan semua yang terlibat dalam acara ini,” katanya.

Menurut MBPJ, keselamatan komuniti pelari menjadi keutamaan dan pembatalan acara dianggap langkah paling wajar ketika ini.

Peserta diminta merujuk maklumat yang disediakan penganjur berhubung laluan alternatif lima kilometer serta urusan pengambilan barangan perlumbaan.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.