Korban gelongsoran lumpur di Nepal cecah 1,344 mangsa

5 Sep 2026, 7:51 AM
Korban gelongsoran lumpur di Nepal cecah 1,344 mangsa

KATHMANDU, 5 SEPT: Angka korban akibat kejadian gelongsoran lumpur di Nepal melepasi 1,300 orang, menurut Polis Nepal pada Sabtu, lapor Xinhua.

Menurut maklumat terkini yang dikeluarkan polis, sebanyak 1,344 mayat ditemukan setakat 5 pagi waktu tempatan Sabtu.

Polis memaklumkan 4,898 orang masih tidak dapat dihubungi setakat pagi Sabtu, manakala 8,631 orang berjaya diselamatkan setakat ini ketika agensi keselamatan meneruskan operasi mencari dan menyelamat di kawasan terjejas akibat gelongsoran lumpur.

Pihak berkuasa turut mempergiat usaha mengenal pasti identiti mayat menerusi ujian DNA.

Sampel DNA telah diambil daripada 1,260 mangsa yang terkorban dan 972 ahli keluarga mangsa, menjadikan jumlah keseluruhan sampel yang dikumpulkan sebanyak 2,232.

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.