Lebih 20,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat membanjiri Stadium Kajang bagi memeriahkan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026, malam tadi.
Kehadiran orang ramai menyemarakkan semangat patriotisme sempena sambutan Hari Kebangsaan dalam suasana penuh muhibah dan cintakan negara.
Majlis berkenaan dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yang turut meluangkan masa bersama orang ramai sepanjang sambutan berlangsung.
Suasana di Stadium Kajang turut diserikan dengan kibaran Jalur Gemilang sebagai simbol semangat perpaduan dan kecintaan kepada Malaysia.
Pelbagai acara dan persembahan menarik disediakan bagi memeriahkan sambutan berkenaan. Antara pengisian termasuk persembahan kebudayaan dan hiburan yang mewarnai suasana sepanjang malam.
Acara kira detik menuju jam 12 tengah malam turut menjadi antara tumpuan utama pengunjung. Kemuncak sambutan menyaksikan orang ramai bersama-sama meraikan detik ambang kemerdekaan dalam suasana penuh semangat dan kegembiraan.
Sambutan itu turut menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai latar belakang dalam satu acara yang menyemarakkan semangat patriotisme.
Kemeriahan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026 itu turut dirakam jurufoto Khairul Helmy, Harun Tajudin dan Adam Darwish.
Jalur Gemilang dibawa ketika perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Selangor ke-69 di Stadium Kajang pada 30 Ogos 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR
Pegawai TLDM menaikkan Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Selangor ke-69 di Stadium Kajang pada 30 Ogos 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR
Lintas hormat dari agensi kerajaan ketika perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Selangor ke-69 di Stadium Kajang pada 30 Ogos 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Perbarisan kereta berhias ketika perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Selangor ke-69 di Stadium Kajang pada 30 Ogos 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR
Perbarisan kereta berhias ketika perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Selangor ke-69 di Stadium Kajang pada 30 Ogos 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR
Antara persembahan yang di lakukan oleh ATM dalam Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Selangor ke-69 di Stadium Kajang pada 30 Ogos 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR
Antara persembahan yang di lakukan oleh ATM dalam Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Selangor ke-69 di Stadium Kajang pada 30 Ogos 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR
Pertunjukkan aksi motosikal daripada anggota ATM dalam Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Selangor 2026 di Stadium Kajang pada 30 Ogos 2026. Foto ADAM DARWISH/MEDIA SELANGOR
Anak Harapan Selangor mengibarkan Jalur Gemilang ketika Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Selangor 2026 di Stadium Kajang pada 30 Ogos 2026. Foto ADAM DARWISH/MEDIA SELANGOR
Pertunjukkan bunga api ketika Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Selangor 2026 di Stadium Kajang pada 30 Ogos 2026. Foto ADAM DARWISH/MEDIA SELANGOR