Program Mesra Rakyat Parlimen Gombak diperluas ke DUN lain

30 Ogos 2026, 8:53 AM
Program Mesra Rakyat Parlimen Gombak diperluas ke DUN lain
Program Mesra Rakyat Parlimen Gombak diperluas ke DUN lain
Program Mesra Rakyat Parlimen Gombak diperluas ke DUN lain
Program Mesra Rakyat Parlimen Gombak diperluas ke DUN lain
Program Mesra Rakyat Parlimen Gombak diperluas ke DUN lain

GOMBAK, 30 OGOS: Program Mesra Rakyat Parlimen Gombak akan diperluaskan ke DUN lain di kawasan itu bagi membolehkan lebih ramai penduduk mendapat akses terus kepada maklumat dan perkhidmatan pelbagai agensi kerajaan.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata program yang menghimpunkan pelbagai agensi Kerajaan Negeri, Persekutuan dan pihak swasta itu memberi peluang kepada masyarakat mengetahui pelbagai inisiatif disediakan.

“Terima kasih kerana ia bagi peluang kepada orang Gombak, terutamanya di kawasan Gombak Setia ini, untuk mendapatkan maklumat dan mendapatkan program terkini yang mungkin belum sampai kepada mereka.

“Mereka boleh bertanya dengan kaunter-kaunter yang dibuka,” katanya ketika ditemui selepas Program Mesra Rakyat Parlimen Gombak di Dewan Mutiara, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, di sini hari ini.

Menurut Amirudin, program seumpama itu turut membuka ruang komunikasi dua hala antara kerajaan dengan masyarakat, termasuk golongan muda dan kelompok komuniti.

Beliau berkata, pihaknya akan menggerakkan program sama di seluruh Selangor dalam tempoh setahun akan datang.

“Kita akan gerakkan nanti selepas kita menjelajah dari daerah ke daerah. Bila dah ada pelannya, kita nak sesuaikan dengan Jelajah MADANI sebab kerajaan Persekutuan juga turut ada. Jadi kita bagi ruang,” katanya.

Terdahulu, Amirudin turut meluangkan masa mengunjungi reruai pameran dan perkhidmatan pelbagai agensi sebelum beramah mesra dengan pengunjung.

Antara yang mengambil bahagian ialah PERKESO, Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PEKA B40), HIJRAH Selangor, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Perbandaran Selayang serta Jualan Ehsan Rahmah.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.