PM umum ikhtiar penting dalam Amanat Perdana Hari Kebangsaan esok

29 Ogos 2026, 5:43 AM
PM umum ikhtiar penting dalam Amanat Perdana Hari Kebangsaan esok

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan beberapa ikhtiar penting dalam Amanat Perdana Hari Kebangsaan, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) petang esok.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata amanat itu akan menyentuh kebimbangan dan kehidupan rakyat, serta tanggungjawab generasi hari ini dalam menghargai kemerdekaan negara.

“Insya-Allah, saya akan menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), petang esok.

“Hampir tujuh dekad berlalu sejak negara mencapai kemerdekaan. Kita mengenang perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu yang merintisnya dengan keringat, darah dan air mata, sebelum kita bermuhasabah tentang tanggungjawab generasi hari ini, dalam mengisi serta memaknakan kemerdekaan,” kata beliau.

Dalam hantaran itu, Perdana Menteri turut mengajak rakyat menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan, dengan membugarkan semangat perpaduan serta menolak segala hasutan kebencian antara kaum dan agama demi keamanan negara serta kesejahteraan rakyat.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.