RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas pengerusi, bekas KSU Perbendaharaan

26 Ogos 2026, 12:05 PM
RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas pengerusi, bekas KSU Perbendaharaan

KUALA LUMPUR, 26 OGOS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan bagi membantu siasatan berhubung isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

SPRM dalam hantaran menerusi media sosial TikTok rasmi agensi itu memaklumkan kedua-dua individu lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira 4 petang tadi ketika hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman esok,” menurut hantaran itu.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Pada 15 Ogos lepas, SPRM telah menahan tujuh individu terdiri daripada seorang ketua pegawai eksekutif (CEO), seorang pengarah syarikat, seorang bekas pengarah syarikat dan empat bekas pengurusan kanan TH.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.