Johan Setia, Kuala Selangor catat IPU tidak sihat pagi ini

24 Ogos 2026, 12:55 AM
Johan Setia, Kuala Selangor catat IPU tidak sihat pagi ini
Johan Setia, Kuala Selangor catat IPU tidak sihat pagi ini
Johan Setia, Kuala Selangor catat IPU tidak sihat pagi ini

SHAH ALAM, 24 OGOS: Selangor antara empat negeri yang merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 8 pagi tadi selain Sarawak, Kedah dan Pulau Pinang.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), dua kawasan di Selangor mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Johan Setia pada 161 dan Kuala Selangor, 132.

Sarawak kekal negeri dengan kawasan terjejas paling banyak apabila Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serian merekodkan bacaan IPU 189, diikuti Kuching (175), Samarahan (170), Sri Aman (158) dan Bintulu (108).

“Kedah iaitu di Sungai Petani merekodkan bacaan 155 dan Alor Setar (151). Pulau Pinang mencatatkan 139 pada pagi ini,” menurut data berkenaan.

Selain kawasan berstatus tidak sihat, sebanyak 58 kawasan di seluruh negara merekodkan kualiti udara pada tahap sederhana setakat pagi ini.

Tiada kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap baik, sangat tidak sihat atau berbahaya dalam tempoh sama.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) terus memantau kualiti udara ambien negara menerusi 68 stesen pengawasan bagi mengesan sebarang perubahan ketara yang boleh menjejaskan kesihatan awam dan alam sekitar.

Data IPU dikemas kini setiap jam bagi membolehkan perkembangan kualiti udara semasa dipantau.

Mengikut kategori IPU, bacaan antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan berbahaya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.