Jerebu: Johan Setia, Shah Alam, Kuala Selangor catat IPU tidak sihat

23 Ogos 2026, 9:05 AM
Jerebu: Johan Setia, Shah Alam, Kuala Selangor catat IPU tidak sihat

SHAH ALAM, 23 OGOS: Tiga kawasan di Selangor iaitu Johan Setia, Shah Alam dan Kuala Selangor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4 petang ini.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia merekodkan bacaan IPU 160, diikuti Shah Alam (135) dan Kuala Selangor (118).

Selain tiga kawasan berkenaan, enam lagi kawasan lain di tiga negeri turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat, dengan empat daripadanya di Sarawak.

Enam kawasan terbabit adalah Sungai Petani dengan bacaan 152, Taiping (112), Kuching (177), Samarajan (172), IPD Serian (187) dan Sri Aman (173).

Jabatan Alam Sekitar (JAS) terus memantau kualiti udara ambien negara menerusi 68 stesen pengawasan bagi mengesan sebarang perubahan ketara yang boleh menjejaskan kesihatan awam dan alam sekitar, dengan data IPU dikemas kini pada setiap jam.

Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.