Kerusi roda khas sumbangan Yayasan MBI ringankan urusan keluarga di Morib

18 Ogos 2026, 4:44 AM
Kerusi roda khas sumbangan Yayasan MBI ringankan urusan keluarga di Morib

SHAH ALAM, 18 OGOS: Sumbangan kerusi roda khas memberi sedikit kelegaan kepada Mithyraa Devi Jagathesen dan keluarganya di Taman Bahagia, Morib, terutama ibu bapanya yang menguruskan beliau setiap hari.

Bantuan menerusi Yayasan Menteri Besar (Pemerbadanan) atau MBI itu disampaikan Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjung Sepat, Datuk Borhan Aman Shah ketika berkunjung ke kediaman keluarga berkenaan semalam.

Borhan berkata, kunjungan tersebut memberi peluang kepadanya melihat sendiri kesungguhan ibu bapa Mithyraa Devi dalam menguruskan anak mereka sepenuh masa.

“Ia juga memerlukan kesabaran, kekuatan dan kasih sayang yang berterusan. Semoga sumbangan kerusi roda ini dapat memberi keselesaan, sekali gus memudahkan urusan ibu dan bapanya dalam menjalani kehidupan seharian,” katanya menerusi Facebook.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjung Sepat, Datuk Borhan Aman Shah menyerahkan sumbangan kerusi roda khas daripada Yayasan Menteri Besar (Pemerbadanan) atau MBI kepada keluarga penerima di Taman Bahagia, Morib, Kuala Langat, pada 17 Ogos 2026. Foto Facebook Borhan Aman Shah

Borhan turut merakamkan penghargaan kepada Yayasan MBI atas keprihatinan dan sumbangan yang disalurkan kepada keluarga berkenaan.

Kategoriadn

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.