Johan Setia satu-satunya kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini

18 Ogos 2026, 1:19 AM
Johan Setia satu-satunya kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini

SHAH ALAM, 18 OGOS: Johan Setia di Selangor menjadi satu-satunya kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 9.10 pagi ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), stesen berkenaan mencatatkan bacaan IPU 159.

Sementara itu, sebanyak 65 stesen pemantauan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala dua stesen iaitu Langkawi di Kedah serta Kangar, Perlis mencatatkan kualiti udara pada tahap baik.

Mengikut klasifikasi IPU, bacaan antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

Data IPU dikemas kini setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Sebelum ini, media melaporkan keadaan jerebu di Lembah Klang dan Sarawak semakin pulih susulan cuaca lembap sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata negara masih berada dalam tempoh Monsun Barat Daya sehingga penghujung September dan risiko jerebu kekal wujud sekiranya aktiviti pembakaran terbuka tidak dikawal.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.