ESSCOM nafi sekumpulan lelaki bersenjata masuk Semporna, Lahad Datu

16 Ogos 2026, 12:00 AM
ESSCOM nafi sekumpulan lelaki bersenjata masuk Semporna, Lahad Datu

KUALA LUMPUR, 15 OGOS: Tiada kejadian sekumpulan lelaki bersenjata masuk ke Semporna dan Lahad Datu, Sabah seperti didakwa dalam hantaran yang tular di media sosial, kata Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Datuk Victor Sanjos.

Beliau berkata situasi keselamatan di kedua-dua kawasan adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan dakwaan tersebut.

"Hantaran yang tular itu tidak benar dan kita ambil maklum berhubung gambar yang dimuat naik di media sosial... setakat ini, keadaan masih terkawal dan pemantauan kita berterusan bagi mengesan sebarang ancaman atau aktiviti mencurigakan yang boleh menjejaskan keselamatan penduduk serta kawasan perairan Sabah Timur,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Victor berkata ESSCOM sentiasa menjalankan pemantauan dan kawalan keselamatan khususnya di perairan serta lokasi strategik dalam Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone).

Beliau juga berkata sebarang maklumat berkaitan ancaman keselamatan hendaklah disalurkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan dan pengesahan lanjut.

-- BERNAMA

TAG: ESSCOM, Lahad Datu, Semporna, Sabah, senjata, tular

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.