IPU tidak sihat di 10 kawasan, Serian tertinggi 178, Johan Setia 154

13 Ogos 2026, 9:06 AM
IPU tidak sihat di 10 kawasan, Serian tertinggi 178, Johan Setia 154

KUALA LUMPUR, 13 OGOS: Sebanyak 10 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4 petang ini, menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS).

Di Sarawak, tujuh kawasan merekodkan bacaan tidak sihat iaitu Serian dengan bacaan IPU 178, Samarahan (177), Kuching (174), Sri Aman (162), Sarikei (157), Mukah (152) dan Sibu (151).

Di Semenanjung, tiga kawasan turut merekodkan bacaan tidak sihat iaitu Johan Setia (154) dan Shah Alam (108) di Selangor, selain Cheras (127) di Kuala Lumpur.

Sementara itu, sebanyak 56 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala dua kawasan mencatatkan tahap baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.