Johan Setia catat IPU tidak sihat, bacaan mencecah 152

11 Ogos 2026, 2:57 AM
Johan Setia catat IPU tidak sihat, bacaan mencecah 152

SHAH ALAM, 11 OGOS: Johan Setia menjadi satu-satunya kawasan di Selangor dan Semenanjung yang merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat pagi ini dengan bacaan 152, pagi ini.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), sebanyak 12 kawasan di seluruh negara mencatat IPU tidak sihat, dengan 11 daripadanya di Sarawak dan satu di Selangor.

Di Sarawak, Ibu Pejabat Polis Daerah Serian merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 189, diikuti Samarahan (170), Kuching (165), Bintulu (159), Samalaju (155) dan Mukah (153).

Sibu, Sarikei dan Sri Aman turut mencatat bacaan 153, diikuti Miri (151) serta ILP Miri (119).

Sementara itu, sebanyak 53 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak merekodkan IPU pada tahap sederhana, manakala beberapa kawasan di Perlis, Kedah dan Pahang berada pada tahap baik.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.