Malaysia tewaskan Indonesia, mara perlawanan akhir Piala Raja Thai

10 Ogos 2026, 3:22 PM
Malaysia tewaskan Indonesia, mara perlawanan akhir Piala Raja Thai

KUALA LUMPUR, 10 OGOS: Skuad sepak takraw negara menempah tiket ke final acara berpasukan Piala Raja Thai 2026 selepas menewaskan Indonesia 2-0 pada aksi separuh akhir di Fashion Island Mall, Bangkok, malam ini.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia bakal berdepan seteru tradisi Thailand, pada aksi final yang dijadualkan berlangsung pada 12 tengah hari waktu tempatan Malaysia, esok.

Pada aksi separuh akhir, Malaysia yang menurunkan Muhammad Noraizat Mohd Nordin, Kamarul Ezzad Kamarul Imran dan Zarif Marican sebagai regu pertama menang 15-13, 15-9 untuk menyumbang mata pembukaan.

Malaysia kemudian meneruskan rentak cemerlang menerusi regu kedua yang dibarisi Muhammad Haziq Khairul Nizam, Hafizul Hayazi Adnan dan Zuleffendi Sumari apabila menewaskan lawan 15-10, 15-8, sekali gus mengesahkan kemaraan ke final tanpa perlu aksi regu ketiga.

Malaysia sebelum ini menewaskan Vietnam 2-1 pada peringkat suku akhir.

Thailand terlebih dahulu mengesahkan tempat ke final selepas menewaskan Laos 2-0 pada satu lagi aksi separuh akhir.

-- BERNAMA

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.