PM jalani pemeriksaan dan prosedur perubatan, dipantau dua hari

10 Ogos 2026, 1:43 AM
PM jalani pemeriksaan dan prosedur perubatan, dipantau dua hari

SHAH ALAM, 10 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan pasukan pakar perubatan.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan Anwar dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.

"Marilah kita mendoakan agar segala urusan pemeriksaan serta prosedur Perdana Menteri dipermudahkan dan dikurniakan keafiatan yang berpanjangan agar dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat, Insya-Allah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tunku Nashrul bagaimanapun tidak memperincikan jenis pemeriksaan atau prosedur yang dijalani Perdana Menteri.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.