Angka korban di Gaza meningkat kepada 73,386 orang, lebih 174,000 cedera

9 Ogos 2026, 3:00 PM

GAZA, 9 OGOS: Pihak berkuasa kesihatan hari ini melaporkan bahawa angka korban akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 73,386 orang, manakala 174,250 lagi cedera sejak 7 Oktober 2023, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Hospital di seluruh wilayah itu mengesahkan bahawa mereka menerima dua jenazah dalam tempoh 24 jam lepas, termasuk seorang mangsa yang meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami sebelum ini, selain lapan orang yang cedera.

Menurut pihak berkuasa, jumlah korban sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 11 Oktober 2025 telah mencecah 1,258 orang, manakala jumlah mangsa yang cedera meningkat kepada 4,139 orang.

Jumlah mayat yang dikeluarkan dari bawah runtuhan sejak tempoh itu pula mencecah 807.

Sementara itu, sejumlah mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di atas jalan raya selepas ambulans serta pasukan penyelamat masih tidak dapat memasuki kawasan berkenaan, menurut pihak berkuasa.

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.