Ismail Sabri didakwa esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur

6 Ogos 2026, 1:41 PM
Ismail Sabri didakwa esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur
Ismail Sabri didakwa esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 6 OGOS: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan didakwa esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Bera itu akan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin pada jam 9 pagi.

Kes terhadap Ismail Sabri dipercayai berhubung pengisytiharan harta.

Sebelum ini, Ismail Sabri telah dipanggil beberapa kali bagi sesi rakaman percakapan mengenai pengisytiharan harta yang dibuat oleh beliau kepada SPRM.

SPRM turut merampas wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta, berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram terhadap beliau.

Rampasan dilakukan ketika penggeledahan di kediaman dan pejabat yang dipercayai dijadikan “rumah selamat” hasil siasatan ke atas empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025.

Sementara itu, peguam Ragunath Kesavan yang mewakili Ismail Sabri ketika dihubungi mengesahkan anak guamnya akan didakwa esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.