PM bertemu pengarah eksekutif GP Singapura perkukuh persiapan Formula 1 Sepang

5 Ogos 2026, 2:37 PM
PM bertemu pengarah eksekutif GP Singapura perkukuh persiapan Formula 1 Sepang

KUALA LUMPUR, 5 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Pengarah Eksekutif Grand Prix (GP) Singapura Michael Roche, menjelang penganjuran perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain GP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Oktober depan.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu bagi meneliti pengalaman dan amalan terbaik republik itu, dalam memastikan penganjuran di SIC berlangsung dengan cemerlang.

Beliau berkata penganjuran bertaraf dunia itu diyakini mampu membawa limpahan ekonomi yang besar, menerusi peningkatan sektor pelancongan, peluang pekerjaan, aktiviti perniagaan serta mengukuhkan keyakinan pelabur, sekali gus menyemarakkan Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Insya-Allah, kita komited memastikan penganjuran ini bukan sahaja memenuhi piawaian antarabangsa, malah mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab sukan permotoran serantau serta membawa manfaat yang meluas kepada rakyat dan ekonomi negara,” kata Anwar.

Formula 1 dan FIA sebelum ini mengumumkan GP Bahrain 2026 akan berlangsung di SIC dari 2 hingga 4 Oktober ini, menerusi kerjasama antara Malaysia dan Bahrain.

GP Bahrain pada asalnya dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Bahrain pada April, sebelum ditangguhkan ke bulan Oktober susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

SIC menjadi tuan rumah GP Malaysia dari tahun 1999 hingga 2017, sebelum perlumbaan itu digugurkan dari kalendar F1 susulan peningkatan kos penganjuran dan fi pelesenan.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.