Ruang lif Menara Utama PPUM dipenuhi air, pengguna dakwa terdengar letupan

3 Ogos 2026, 8:20 AM
Ruang lif Menara Utama PPUM dipenuhi air, pengguna dakwa terdengar letupan

SHAH ALAM, 3 OGOS: Ruang lif di Menara Utama, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dilaporkan dipenuhi air selepas pengguna mendakwa terdengar bunyi letupan sebelum kejadian itu.

Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan air mengalir deras dari bahagian atas berhampiran deretan lif sehingga membasahi ruang menunggu dan lantai bangunan.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, seorang pengguna mendakwa terdengar bunyi letupan sebelum mendapati kawasan berhampiran beberapa lif di Menara Utama dipenuhi air.

"Tadi ada letupan, selepas itu semua lif Menara Utama di PPUM banjir. Ada sesiapa tahu apa yang berlaku?" tulis pengguna itu.

Satu lagi video yang turut dikongsikan memperlihatkan beberapa individu berada di lokasi sambil memerhatikan keadaan, manakala lantai di hadapan deretan lif kelihatan dipenuhi air.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang membuat andaian kejadian mungkin berpunca daripada kebocoran paip atau kerosakan sistem bekalan air.

Seorang lagi pengguna pula berpendapat kejadian itu mungkin disebabkan tangki air pecah.

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian serta status operasi lif di Menara Utama PPUM masih belum dapat dipastikan berikutan tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak hospital setakat ini.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.