Gempa bumi 5.3, 5.0 magnitud gegar Filipina

30 Jul 2026, 1:46 AM
Gempa bumi 5.3, 5.0 magnitud gegar Filipina

MANILA, 30 JULAI: Dua gempa bumi masing-masing bermagnitud 5.3 dan 5.0 direkodkan di Catanduanes dan Quezon lewat Rabu, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs), lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Gempa bermagnitud 5.3 itu berlaku pada 11.10 malam waktu tempatan, kira-kira 60 kilometer (km) di tenggara Baras pada kedalaman 23 km.

Sementara itu, gempa bermagnitud 5.0 melanda kawasan 90 km di timur laut Jomalig, Quezon pada 10.11 malam.

Gempa tektonik itu berlaku pada kedalaman 17 km.

Gegaran turut dirasai di bandar Mandaluyong dan Taguig.

Phivolcs memaklumkan kedua-dua gempa itu tidak dijangka menyebabkan kerosakan, namun gempa susulan berkemungkinan berlaku.

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.