Picklespark latih 500 murid, sasar lahir atlet pickleball Selangor

29 Jul 2026, 8:42 AM
Picklespark latih 500 murid, sasar lahir atlet pickleball Selangor
Picklespark latih 500 murid, sasar lahir atlet pickleball Selangor
Picklespark latih 500 murid, sasar lahir atlet pickleball Selangor
Picklespark latih 500 murid, sasar lahir atlet pickleball Selangor

GOMBAK, 29 JULAI: Seramai 500 murid dari 50 sekolah di Selangor mengikuti Program Pembangunan Sukan Pickleball Negeri Selangor (Picklespark) sebagai usaha mencungkil bakat baharu dan melahirkan lebih ramai atlet yang mampu mewakili negeri pada masa depan.

Pengurus program, Prof Dr Mohamad Rahizam Abdul Rahim berkata program selama setahun itu turut melibatkan 100 guru yang akan diberikan latihan bagi memperkukuh pembangunan sukan berkenaan di peringkat sekolah.

Menurutnya, Picklespark dilaksanakan menerusi peruntukan RM500,000 daripada Kerajaan Negeri dengan kerjasama strategik Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor, PKNS Real Estate Sdn. Bhd. (PREC) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Pengurus Program Pembangunan Sukan Pickleball Negeri Selangor (Picklespark), Prof Dr Mohamad Rahizam Abdul Rahim bercakap kepada media selepas tamat sesi latihan program berkenaan di Slk Sport Center, Gombak pada 29 Julai 2026. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

“Pada Fasa 1 dalam tempoh tiga bulan pertama ini, sambutan diterima melalui Picklespark ini amat menggalakkan. Kita melihat ramai pelajar dan guru mempunyai minat serta potensi besar untuk terus dibimbing.

“Untuk Fasa 2 dua akan datang kita akan memberi tumpuan kepada latihan lebih tersusun menggunakan modul yang dibangunkan mengikut garis panduan Persatuan Pickleball Malaysia.

“Seterusnya Fasa 3 yang dijadual bermula November pula akan menyaksikan penganjuran kejohanan di lima zon seluruh Selangor. Pemenang di setiap peringkat zon akan layak menyertai kejohanan peringkat negeri,” katanya kepada pemberita pada Program Picklespark Zon 5 di SLK Sport Centre, di sini hari ini.

Aksi para peserta ketika sesi latihan Program Pembagunan Sukan Pickleball Negeri Selangor (Picklespark) di Slk Sport Center, Gombak pada 29 Julai 2026. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Beliau berkata, program itu bukan sekadar memperkenalkan pickleball kepada murid sekolah, malah menyediakan laluan pembangunan yang lebih sistematik melalui latihan berstruktur dan pertandingan di setiap zon sebelum ke peringkat negeri.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pihaknya turut mengemukakan cadangan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya sukan pickleball dimasukkan dalam takwim Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).

“Cadangan merupakan langkah awal kami kepada KPM bagi mengembangkan sukan ini lagi dengan harapan ia dapat dilaksanakan dalam tempoh dua tahun,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini boleh melayari laman media sosial rasmi Picklespark Selangor di Facebook, Instagram dan TikTok.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.