Lebih 200 gegantung iklan along sekitar Selayang diturunkan

28 Jul 2026, 9:02 AM
Lebih 200 gegantung iklan along sekitar Selayang diturunkan
Lebih 200 gegantung iklan along sekitar Selayang diturunkan
Lebih 200 gegantung iklan along sekitar Selayang diturunkan

SHAH ALAM, 28 JULAI: Sebanyak 210 gegantung iklan pinjaman wang tanpa lesen diturunkan dalam Operasi Vulture Bersepadu yang dijalankan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, baru-baru ini.

MPS berkata operasi itu dilaksanakan sebagai usaha berterusan membanteras kegiatan promosi pinjaman wang tanpa lesen di sekitar daerah Gombak.

“Operasi dimulakan dengan taklimat penugasan yang disampaikan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ibrahim Husin, sebelum pasukan penguat kuasa digerakkan ke lokasi sasar

“Pasukan MPS pula diketuai Timbalan Pengarah Penguat Kuasa, Muhammad Noor Salehuddin Kamis bersama pegawai dan anggota penguat kuasa majlis.

“Hasil operasi bersepadu itu, sebanyak 210 keping gegantung along berjaya diturunkan, selain MPS turut mengambil tindakan melupuskan semua bahan promosi berkenaan,” katanya di Facebook.

Pihak berkuasa tempatan itu menambah operasi bersepadu berkenaan membuktikan komitmen pihaknya bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memperkukuh tindakan penguatkuasaan terhadap aktiviti pinjaman wang tanpa lesen.

“Langkah ini juga bertujuan memastikan kawasan pentadbiran MPS kekal bersih, selamat dan bebas daripada bahan promosi haram,” ujarnya lagi.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.