Perang dengan Iran telan belanja AS$37.5 bilion, AS mohon dana tambahan

22 Jul 2026, 3:33 AM
Perang dengan Iran telan belanja AS$37.5 bilion, AS mohon dana tambahan

WASHINGTON, 22 JULAI: Perbelanjaan Amerika Syarikat (AS) bagi perang dengan Iran setakat ini dianggarkan mencecah US$37.5 bilion, menurut anggaran terkini Pentagon ketika pentadbiran Trump memohon dana tambahan bagi konflik itu, lapor Xinhua.

Setiausaha Pertahanan AS Pete Hegseth berkata peruntukan tambahan bagi perang dengan Iran adalah “mendesak dan perlu” ketika memberi keterangan pada sesi pendengaran belanjawan Senat pada Selasa.

“Tanpa dana ini, kami berdepan kekurangan kritikal,” kata beliau.

Kenyataan itu dibuat ketika anggota Kongres daripada Parti Republikan berusaha mendapatkan kelulusan bagi cadangan belanjawan pertahanan Presiden AS Donald Trump berjumlah US$1.5 trilion.

Pada Jun, Pengarah Pejabat Pengurusan dan Belanjawan Rumah Putih Russell Vought memaklumkan anggota Kongres bahawa perang dengan Iran menelan belanja kira-kira US$30 bilion daripada wang pembayar cukai AS.

Hegseth turut diasak mengenai laporan bahawa Pentagon melengahkan pendedahan jumlah anggota tentera AS yang cedera dalam pertempuran terbaharu dengan Iran.

Menurut Pentagon, hampir 100 anggota tentera AS cedera sejak 7 Julai.

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.