Worldwide Holdings erat hubungan agensi, media menerusi Boling Persahabatan 2026

20 Jul 2026, 4:26 AM
Worldwide Holdings erat hubungan agensi, media menerusi Boling Persahabatan 2026
Worldwide Holdings erat hubungan agensi, media menerusi Boling Persahabatan 2026

SHAH ALAM, 20 JULAI: Worldwide Holdings Berhad (WHB) menerusi sektor Alam Sekitar (Worldwide Environment) menganjurkan Program Boling Persahabatan 2026 sebagai platform mengeratkan hubungan serta memperkukuh kerjasama strategik antara agensi Kerajaan Negeri, kerajaan Persekutuan dan pengamal media.

Program berkenaan turut menjadi medium membina jaringan lebih kukuh dalam suasana santai menerusi aktiviti sukan, di samping menghargai sokongan berterusan rakan strategik terhadap pelbagai inisiatif yang dilaksanakan syarikat.

Ketua Pegawai Operasi Alam Sekitar Kumpulan Worldwide Holdings Berhad, Danial Liew berkata, penganjuran program itu mencerminkan komitmen WHB dalam memperkukuh hubungan bersama pelbagai pihak berkepentingan.

Beliau berkata, kerjasama erat antara agensi kerajaan dan media penting bagi menyokong pelaksanaan inisiatif yang memberi manfaat kepada pembangunan serta kelestarian negeri.

"Ucapan syabas dan tahniah kepada semua pemenang edisi kali ini," katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, WHB berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada masa hadapan dengan penyertaan lebih ramai agensi kerajaan serta pihak berkepentingan.

Katanya, penyertaan lebih meluas mampu memperkukuh kerjasama strategik dalam usaha memacu pembangunan dan kelestarian negeri.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Ir Shukri Ishak, Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Gombak, Nor Azlina Abdul Aziz serta Ketua Bahagian Korporat, Komunikasi dan Kelestarian Kumpulan WHB, Raja Farah Diba Raja Abdul Rashid.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.