Kemeriahan final Piala Dunia 2026 satukan peminat di Aneka Walk

20 Jul 2026, 3:09 AM
Kemeriahan final Piala Dunia 2026 satukan peminat di Aneka Walk

Kemeriahan perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 bukan sahaja dirasai di gelanggang sebenar, malah turut menyatukan peminat bola sepak tempatan menerusi program PKNS Homes Final World Cup 2026 Mega Live yang berlangsung di Aneka Walk, Shah Alam. Ribuan pengunjung membanjiri lokasi seawal petang bagi bersama-sama merasai debaran perlawanan akhir dalam suasana penuh meriah menerusi tayangan skrin gergasi, sekali gus menjadikan acara itu sebagai medan perhimpunan komuniti pencinta bola sepak.

Sepanjang program yang berlangsung hampir 12 jam itu, pelbagai aktiviti disediakan oleh PKNS bagi menghidupkan suasana sebelum sepak mula. Pengunjung berpeluang menyertai pertandingan e-sukan, permainan interaktif serta menikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman di gerai-gerai yang dibuka sepanjang acara. Penganjuran tersebut bukan sahaja memberi pengalaman menonton secara beramai-ramai, malah menghidupkan Aneka Walk sebagai destinasi riadah dan gaya hidup masyarakat Shah Alam.

Turut mencuri perhatian ialah kehadiran beberapa pemain Selangor FC yang meluangkan masa bertemu peminat menerusi sesi ramah mesra dan bergambar. Kehadiran mereka menambahkan lagi keterujaan penyokong, khususnya golongan kanak-kanak dan belia yang tidak melepaskan peluang mendapatkan tandatangan serta merakam kenangan bersama idola masing-masing. Interaksi mesra antara pemain dan penyokong jelas menyerlahkan semangat kesukanan serta mengukuhkan hubungan antara kelab dengan komuniti setempat.

Sorakan bergema setiap kali aksi menarik dipaparkan di skrin gergasi, memperlihatkan semangat perpaduan yang terjalin menerusi sukan paling popular di dunia itu. Gelagat penyokong yang hadir dengan jersi pasukan pilihan, kibaran bendera serta sorakan tanpa henti mewarnai malam di Aneka Walk sehingga tamat perlawanan.

Jurufoto Remy Arifin dan Mohd Khairul Helmy Mohd Din turut merakamkan setiap detik kemeriahan yang berlangsung di Aneka Walk sebagai dokumentasi suasana sambutan luar biasa peminat bola sepak sempena final Piala Dunia FIFA 2026.

Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran PKNS, Fadli Mohd Ariff (tengah) bersama pemain bola sepak Selangor dan orang ramai yang hadir dalam PKNS Homes Final World Cup 2026 Mega Live di Aneka Walk, Shah Alam pada 19 Julai 2026.

Pemain bola sepak Selangor menandatangan autograf bersama orang ramai yang hadir dalam PKNS Homes Final World Cup 2026 Mega Live di Aneka Walk, Shah Alam pada 19 Julai 2026.

Pemain bola sepak Selangor bermain playstation 5 ketika hadir dalam PKNS Homes Final World Cup 2026 Mega Live di Aneka Walk, Shah Alam pada 19 Julai 2026.

Aktiviti yang diadakan ketika PKNS Homes Final World Cup 2026 Mega Live di Aneka Walk, Shah Alam pada 19 Julai 2026.

Aktiviti yang diadakan ketika PKNS Homes Final World Cup 2026 Mega Live di Aneka Walk, Shah Alam pada 19 Julai 2026.

Seorang pengunjung tidak melepaskan peluang mencuba perkhidmatan lukisan bendera pada pipi yang disediakan khas bagi menyemarak semangat kesukanan serta memeriahkan suasana menonton perlawanan akhir Piala Dunia 2026.

Ribuan peminat bola sepak tidak melepaskan peluang menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2026 antara Sepanyol dan Argentina menerusi skrin gergasi sempena Siaran Langsung Mega di Aneka Walk, Shah Alam pada 20 Julai 2026.

Ekspresi ceria dua penyokong bola sepak dengan lukisan bendera di pipi ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2026 antara Sepanyol dan Argentina, sebagai simbolik sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan kegemaran sepanjang aksi berlangsung.

Siaran langsung mega melalui tayangan skrin gergasi sempena perlawanan akhir Piala Dunia 2026 antara Sepanyol dan Argentina di Aneka Walk, Shah Alam pada 20 Julai 2026.

Gelagat penyokong ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2026 antara Sepanyol dan Argentina menerusi skrin gergasi sempena acara Siaran Langsung Mega di Aneka Walk, Shah Alam.
Penyokong Sepanyol bergambar sambil memegang replika trofi Piala Dunia selepas skuad bimbingan Luis de la Fuente muncul juara kejohanan bola sepak paling berprestij dunia edisi 2026.

Kategorigaleri

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.