Facebook kembali pulih selepas gangguan global petang tadi

19 Jul 2026, 12:42 PM
Facebook kembali pulih selepas gangguan global petang tadi

KUALA LUMPUR, 19 JULAI: Platform media sosial Facebook kini kembali pulih dan boleh diakses sepenuhnya selepas mengalami gangguan perkhidmatan petang tadi.

Semakan Bernama mendapati aplikasi itu kini beroperasi seperti biasa menerusi mana-mana peranti termasuk komputer, membolehkan pengguna log masuk serta menggunakan fungsi utama platform berkenaan tanpa sebarang gangguan.

Seorang pengguna @MadameSeniorita meluahkan rasa lega selepas mendapati Facebook boleh diakses kembali serta berkongsi perkembangan itu menerusi platform media sosial lain.

“Facebook is back!!! YEHEY!!!” (Facebook kembali pulih!!! YEHEY!!!), menurutnya menerusi hantaran di aplikasi X.

Sementara itu, The Mirror, sebuah portal berita dan akhbar tabloid di United Kingdom, menerusi hantaran di Facebook turut memaklumkan platform itu sudah kembali pulih.

“Facebook is back” (Facebook kembali pulih), menurut hantaran berkenaan.

Terdahulu, Facebook dilaporkan mengalami gangguan teknikal menyebabkan pengguna di seluruh dunia termasuk Malaysia, berdepan kesukaran mengakses akaun, memuat naik foto dan video serta menghantar mesej menerusi aplikasi Messenger.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.