Ops Samseng Jalanan Klang: Tujuh motosikal disita, 16 saman dikeluarkan

19 Jul 2026, 8:59 AM
Ops Samseng Jalanan Klang: Tujuh motosikal disita, 16 saman dikeluarkan
Ops Samseng Jalanan Klang: Tujuh motosikal disita, 16 saman dikeluarkan
Ops Samseng Jalanan Klang: Tujuh motosikal disita, 16 saman dikeluarkan
Ops Samseng Jalanan Klang: Tujuh motosikal disita, 16 saman dikeluarkan

KLANG, 19 JULAI: Polis mengeluarkan 16 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas selain menyita tujuh motosikal dalam Ops Khas Samseng Jalanan di sekitar Persiaran Raja Muda Musa (Lebuh Turi), di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata operasi yang bermula dari 12.01 tengah malam hingga 5 pagi itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor.

Beliau berkata operasi itu turut mendapat kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi membanteras kegiatan samseng jalanan, mengesan pelbagai kesalahan lalu lintas serta meningkatkan tahap pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.

“Hasil daripada pemeriksaan terhadap 13 individu dan 13 motosikal, polis telah mengeluarkan sebanyak 16 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas selain turut menyita tujuh motosikal untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Lim berkata satu kertas siasatan turut dibuka mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 terhadap seorang penunggang kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Beliau berkata sebanyak 12 individu menjalani saringan air kencing oleh AADK dan kesemua mereka didapati negatif dadah.

Polis Diraja Malaysia, katanya, akan terus memperhebat operasi seumpama itu dari semasa ke semasa bagi membendung kegiatan samseng jalanan serta memastikan jalan raya di daerah Klang Selatan kekal selamat, aman dan teratur.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya serta mengamalkan budaya pemanduan berhemah demi keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.