Kereta dihempap pokok tumbang di Jalan Tun Razak, pemandu meninggal dunia

19 Jul 2026, 2:08 AM
Kereta dihempap pokok tumbang di Jalan Tun Razak, pemandu meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 19 JULAI: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya dihempap pokok tumbang di depan Dua Residensi berhampiran Kedutaan Singapura di Jalan Tun Razak di sini, kira-kira 10.20 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sazalee Adam berkata mangsa berusia 43 mengalami kecederaan pada kedua-dua belah tangan dan pendarahan dalaman di bahagian dada.

"Mangsa meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 4 pagi tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebuah lagi kenderaan yang dinaiki tujuh individu berusia dua bulan hingga 57 tahun turut dihempap pokok dalam kejadian itu.

Sazalee berkata kesemua mereka sedang menerima rawatan di HKL dan pemeriksaan fizikal mendapati tiada kecederaan luaran.

Beliau berkata kerja pembersihan dan pemotongan pokok oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selesai pada 12 tengah malam tadi, manakala dua kenderaan terlibat telah ditunda keluar dari Jalan Tun Razak bagi melancarkan pergerakan trafik.

-- BERNAMA

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.