Program kitar semula MBSA kumpul 274.7kg, 43 baucar 99 Speedmart diagih

18 Jul 2026, 1:30 PM
Program kitar semula MBSA kumpul 274.7kg, 43 baucar 99 Speedmart diagih

SHAH ALAM, 18 JULAI: Sebanyak 274.7 kg barangan kitar semula berjaya dikumpulkan menerusi Program Tukaran Barang Kitar Semula dengan baucar 99 Speedmart di Pusat Kitar Semula MBSA Seksyen 17, hari ini.

Program anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk yang mengambil peluang menukar barangan kitar semula kepada baucar 99 Speedmart sebagai galakan mengamalkan pengasingan sisa.

MBSA menerusi hantaran di Facebook memaklumkan sebanyak 43 baucar 99 Speedmart berjaya diagihkan kepada peserta yang layak.

"Antara bahan yang dikumpulkan terdiri daripada 204.3kg kertas dan buku, minyak masak terpakai (21.6kg), plastik (23.4kg), besi dan tin susu (19.6kg), aluminium (5.1kg) serta kotak minuman atau tetra pak (0.7kg)," katanya.

Warga Shah Alam tidak melepaskan peluang menyertai Program Tukaran Barang Kitar Semula dengan baucar 99 Speedmart di Pusat Kitar Semula MBSA Seksyen 17, Shah Alam pada 18 Julai 2026. Foto Facebook Sisapepejal MBSA

MBSA berkata usaha itu merupakan sebahagian daripada langkah berterusan bagi memperkukuh budaya pengasingan sisa dalam kalangan masyarakat.

"Semoga usaha kecil ini menjadi langkah besar ke arah membudayakan amalan pengasingan sisa dan kitar semula demi mewujudkan Shah Alam yang lebih bersih, hijau dan lestari," katanya.

MBSA turut merakamkan penghargaan kepada semua penduduk yang menyertai program berkenaan serta menyokong usaha memperluas amalan kitar semula di Shah Alam.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.