Piala Dunia: FBI rampas lebih 700 dron di ruang udara larangan

17 Jul 2026, 9:47 AM
Piala Dunia: FBI rampas lebih 700 dron di ruang udara larangan

WASHINGTON, 17 JULAI: Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) memaklumkan bahawa pihaknya bersama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) telah merampas lebih 700 dron yang beroperasi di ruang udara larangan di kesemua 11 bandar tuan rumah Piala Dunia FIFA di Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Susulan penyelarasan penguatkuasaan undang-undang yang belum pernah berlaku sebelum ini, FBI bersama rakan kami di DHS telah merampas lebih 700 dron yang beroperasi di ruang udara larangan di kesemua 11 bandar tuan rumah di AS sejak kejohanan Piala Dunia FIFA bermula," menurut FBI dalam kenyataan.

Piala Dunia FIFA 2026 berlangsung di AS, Kanada dan Mexico dari 11 Jun hingga 19 Julai. Sebanyak 11 bandar di AS menjadi tuan rumah perlawanan kejohanan itu.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.