Ahli Parlimen diminta serah laporan kesihatan sebelum 30 Oktober

14 Jul 2026, 4:30 AM
Ahli Parlimen diminta serah laporan kesihatan sebelum 30 Oktober
Ahli Parlimen diminta serah laporan kesihatan sebelum 30 Oktober

KUALA LUMPUR, 14 JULAI: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul meminta semua Ahli Parlimen mengemukakan laporan kesihatan masing-masing, selewat-lewatnya pada 30 Oktober ini.

Beliau berkata langkah itu penting, supaya pihak Parlimen mempunyai maklumat awal mengenai tahap kesihatan setiap wakil rakyat, sekali gus memudahkan tindakan segera sekiranya berlaku kecemasan perubatan.

“Laporan kesihatan Yang Berhormat ini penting untuk kita ada di Parlimen, sebab kalau apa-apa jadi kepada Yang Berhormat, kita dah ada maklumat awal.

“Jadi kalau pun kita terpaksa menghantar Yang Berhormat ke hospital, maklumat yang ada pada kita itu terus kita hantar ke hospital,” katanya sebelum memulakan sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Johari berkata Ahli Parlimen yang memilih untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di luar Parlimen juga dibenarkan berbuat demikian.

Bagaimanapun, beliau meminta agar laporan atau dokumen pemeriksaan itu diserahkan kepada doktor bertugas di Parlimen, untuk tujuan rekod dan simpanan.

Pada 8 Julai, Johari mengingatkan Ahli Parlimen supaya mengambil serius pemeriksaan kesihatan berkala, susulan seorang wakil rakyat dilaporkan menerima rawatan di Institut Jantung Negara.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.