Pahang negeri ke-11 terima jemputan rasmi SUKMA Selangor 2026

14 Jul 2026, 3:15 AM
Pahang negeri ke-11 terima jemputan rasmi SUKMA Selangor 2026
Pahang negeri ke-11 terima jemputan rasmi SUKMA Selangor 2026
Pahang negeri ke-11 terima jemputan rasmi SUKMA Selangor 2026
Pahang negeri ke-11 terima jemputan rasmi SUKMA Selangor 2026

SHAH ALAM, 14 JULAI: Pahang menjadi negeri ke-11 menerima kunjungan hormat delegasi SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 bagi penyampaian jemputan rasmi ke temasya sukan dwitahunan itu.

Menerusi hantaran di Facebook SUKMA Selangor 2026, delegasi diketuai EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana SUKMA Selangor 2026, Mohd Najwan Halimi.

Turut menyertai delegasi ialah Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA Selangor, Datuk Mohd Yazid Sairi dan Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor merangkap Ketua Pegawai Operasi Sekretariat SUKMA Selangor, Mohamad Nizam Marjugi.

Ketibaan delegasi disambut Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, Belia dan Sukan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal; Timbalan Pengerusi II MSN Pahang merangkap Ketua Kontinjen SUKMA Pahang, Khairulnizam Mohammad Zuldin; Pengarah MSN Pahang, Mahadir Abd Raffar serta pegawai-pegawai MSN Pahang.

"Mohd Najwan turut menyerahkan surat jemputan rasmi sebagai tanda penghargaan dengan pengesahan Negeri Pahang untuk menyertai SUKMA edisi ke-22 dan Para SUKMA Selangor nanti," menurut hantaran itu.

SUKMA XXII Selangor dijadual berlangsung pada 15 hingga 24 Ogos, manakala Para SUKMA akan diadakan pada 5 hingga 14 September 2026.

Sebanyak 474 acara melibatkan 37 sukan akan dipertandingkan di sembilan daerah dengan 52 venue, manakala Para SUKMA membabitkan 10 sukan dan 316 acara di Petaling dan Klang.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.